Monday, March 29, 2010

PENGENALAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Alhamdulillah...setelah lama dibincangkan akhirnya cadangan penubuhan kesatuan bagi jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan atau Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) telah mengorak langkah.

Pada 12 Mac 2010, bertempat di Hospital Pulau Pinang, satu mesyuarat cadangan penubuhan kesatuan penolong pegawai rekod perubatan telah diadakan. Hasil dari mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan: KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI REKOD PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA.

Oleh yang demikian, semua penolong pegawai rekod perubatan dan penolong pegawai tadbir (rekod perubatan) adalah diseru untuk menyokong penubuhan kesatuan ini. Hanya dengan sokongan semua baru dapat kesatuan berfungsi dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal
Setiausaha penaja