Monday, May 31, 2010

PERBINCANGAN MENGENAI PEPERIKSAAN KPSL: BAHAGIAN 1



Assalamualaikum n Salam sejahtera,

Ada yg mungkin sudah berpengalaman mengambil exam KPSL. Jadi, mari kita buka ruang perbincangan untuk menghadapi exam tersebut.

Exam KPSL nie terdiri dari 3 bahagian iaitu:
A. Bahagian I
B. Bahagian II
C. Bahagian III

Ok, sebelum jawab paper nie kena la baca arahan dulu k...




Dah baca arahan baru la leh jawab. Jawab lima soalan jer..jangan jawab semua lak...
















Cara nak download:

Klik gambar soalan tuh..n save as: ke komputer tuan2... baru senang baca.

Nanti kita diskas kat FB... atau kat bahagian komen...

Wednesday, May 26, 2010

SAH! Exam KPSL tahun nie kat Penang...

Sebelum nie setakat rumours...tp skang dah konfirm...so, kepada yang masih amik exam KPSL, kali nie exam kat Penang. Details seperti berikut:

Pusat Peperiksaan: Bilik Orkid & Melati
Dewan Sri Pinang,
Georgetown,Lebuh Light
10200 Pulau Pinang

Tarikh: 14-16 Jun 2010

Lum cetak slip? ok, g ke SINI:

Tuesday, May 25, 2010

Exam KPSL Dah Dekat

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

Saya pasti kepada yang masih belum lepas KPSL sedang tercongak2 bentuk soalan yang akan keluar pada kali ini. Pada kali ini peperiksaan KPSL akan diadakan pada 14-16 Jun 2010. Namun tempat masih belum dapat disahkan lagi.

Sehubungan dengan itu, persediaan yang secukupnya perlu bagi memastikan peperiksaan dapat diambil dengan tenang. Oleh sebab itu, buku-buku yang diperlukan perlu disenaraikan supaya senang kita nak kenalpasti sama ada nak pinjam atau nak beli. Yang penting buku tersebut kena ada pada hari peperiksaan.

Antara buku yang berkaitan adalah seperti:

A. Bahagian 1
1. Perintah2 Am
2. Peraturan2 pegawai awam
3. Pekeliling/Surat Pekeliling Perkhidmatan/Perbendaharaan
4. Arahan Perbendaharaan
5. Tatacara Pengurusan Stor

B. Bahagian 2
1. Panduan Pengurusan Pejabat
2. Arahan Keselamatan
3. Pekeliling Kemajuan Pentabiran Awam

C. Bahagian 3
1.Perlembagaan Malaysia
2. Undang-Undang, akta-akta dan Peraturan2 yang berkaitan seperti dalam sukatan pelajaran.

Sunday, May 23, 2010

Iklan Pemangkuan Ke Gred N32

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

Suka saya ambil kesempatan ini untuk menghebahkan berita mengenai iklan KKM mengenai pemangkuan jawatan N32. Sehubungan dengan itu, kepada individu yang telah berkhidmat lebih 5 thn dan cukup syarat2 yang diperlukan adalah layak untuk memohon. Kekosongan adalah seperti berikut:

A. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD PERUBATAN) GRED N32

BIL. NEGERI KEKOSONGAN
1. PERLIS -
2. KEDAH -
3. PULAU PINANG -
4. PERAK 2
5. SELANGOR -
6. W.P. KUALA LUMPUR -
7. NEGERI SEMBILAN -
8. JOHOR -
9. MELAKA -
10. PAHANG 1
11. TERENGGANU 2
12. KELANTAN -
13. SABAH -
14. W.P. LABUAN 1
15. SARAWAK 1
16. IPKKM 1
17. HKL -
JUMLAH 8


Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh berhubung dengan:

Puan Zulaila: 03-8883 2738
Puan Norashikin: 03-8883 3037

tarikh tutup permohonan: 11.6.2010

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun dokumen berkaitan, sila lawat disini.

Sekian, terima kasih.

Berita Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada sabtu lepas (21hb Mei 2010) saya telah turut turun ke majlis taklimat bersama presiden CEUPACS anjuran kesatuan PT Kesihatan dan JKN Pulau Pinang. Dalam, majlis tersebut pelbagai isu yang telah dibangkitkan dan juga telah diberi penjelasan. Untuk makluman semua, kesatuan tersebut telah menghantar memorandum meminta supaya skim mereka dinaiktaraf sebagaimana yang telah dicapai oleh skim tukang masak.

Presiden CEUPACS juga turut memaklumkan bahawa PPT juga telah mengemukakan permohonan. Malangnya bagi kita, permohonan tersebut HANYA untuk EO (menurut pemahaman saya, jika salah sila betulkan)sahaja dan tidak membabitkan kita kerana ia dikemukakan oleh KEPAK yang perupakan kesatuan pegawai eksekutif.

Oleh yang demikian, kita juga perlu segera berusaha untuk mengemukakan memorandum kepada pihak JPA bagi membela nasib kita.

Mengambil kesempatan ini juga, saya memohon, supaya semua PPT (rekod perubatan) menjadi duta kecil untuk mengajak semua rakan sejawatan kita menyertai kesatuan kita ini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 19, 2010

EMAIL KESATUAN

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Untuk makluman dan pengetahuan semua, kesatuan boleh dihubungi melalui email berikut: infokepresma@gmail.com

Sekian, terima kasih.


M.Hasmizal

FACEBOOK KEPRESMA

Salam semua,

ini saya letak link untuk laman FB kesatuan:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001139045073

Mohon add bagi mengimarahkan laman ini.

sekian, terima kasih.

M.Hasmizal

Kajian oleh FB Persatuan Rekod Perubatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, persatuan rekod perubatan melalui laman web Facebook (http://www.facebook.com/people/Rekod-Perubatan/100000968855575)sedang menjalankan satu kajian berkenaan hala tuju pengamal rekod perubatan.

Bersama-sama ini disertakan cerapan dari FB tersebut:

**********************************************************************************
Rekod Perubatan: Pendapat anda diperlukan

Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) akan menjalankan kajian terhadap pilihan pengamal rekod perubatan di seluruh KKM bagi menentukan halatuju pengamal rekod perubatan itu sendiri di masa hadapan.

Justeru itu, semua Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred N27, N32 & N36 beserta Pegawai Tadbir Rekod Perubatan Gred N41 tanpa ketinggalan walau seorang pun perlu membuat pilihan dan memberikan pendapat kepada pilihan yang dibuat.

Pendapat yang diperlukan daripada anda semua adalah :-

"KEMANAKAH HALATUJU PENGAMAL REKOD PERUBATAN DIMASA AKAN DATANG?

ADAKAH ANDA INGIN KEKAL DENGAN SKIM JAWATAN sekarang IAITU 'SKIM TERTUTUP' DAN DIGILAP KE ARAH SKOP KERJA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNIKAL

ATAU

ANDA INGIN KELUAR DARI 'SKIM TERTUTUP' INI DAN BERADA DI SKIM GUNASAMA?

Sila kemukakan pilihan dan pendapat anda ke MRO yang bertugas di JKN masing-masing dan satu salinan juga dihantar ke Setiausaha PRPM.

Hasil daripada pemilihan tuan/tuan dan puan/puan tersebut akan dijadikan satu kertas kerja untuk dimajukan ke Ketua Perkhidmatan dan seterusnya ke Bhg. Sumber Manusia sebelum dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tindakan proaktif dari anda sekelian juga amat dialu-alukan agar dapat menghebahkan mengenai hal ini kepada rakan sejawat anda.

Sekian dan terima kasih.

Wakil Zon Timur (PRPM)

***********************************************************************************

Untuk makluman semua, pihak kesatuan tiada halangan sekiranya ada usaha yang dibuat bagi penambahbaikan skim/perkhidmatan penolong pegawai rekod perubatan. Sebagaimana kita sedia maklum, kita sudah lama tertinggal, jadi sekarang adalah masa kita semua bersatu menyokong usaha penambahbaikan untuk kebaikan semua.

Walaubagaimana pun, pihak kesatuan juga sedang merangka sebuah kajian bagi mengkaji persepsi dan pendapat penolong pegawai rekod mengenai perkhidmatan sekarang. Kita semua tahu, berbanding pegawai eksekutif(EO), kita ketinggalan lebih dari 12 tahun dari segi gaji berbanding EO tersebut. Jadi marilah kita semua bersatu menuntut yang lebih baik untuk kita.


Sekian, untuk makluman.

M.Hasmizal
Setiausaha Penaja
KEPRESMA

DALAM PROSES PENDAFTARAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia semua,

Alhamdulillah, buat masa sekarang kita dah submit pembetulan dan sedang menunggu kelulusan dari pihak JHEKS. Sekiranya lulus, kita akan maklumkan kepada semua.

Untuk pengetahuan semua juga, KEPRESMA sedang merangka satu soal selidik mengenai perkhidmatan penolong pegawai tadbir (Rekod Perubatan)yang akan digunakan sebagai asas dalam perbincangan kita dengan pihak kementerian nanti.

Sebarang maklumbalas sila berhubung dengan pihak kesatuan melalui setiausaha penaja: mohdhasmizal@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal