Friday, May 27, 2011

PEMBEKUAN PENGAMBILAN/PENGISIAN JAWATAN

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia,

Dimaklumkan, urusan Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri telah berkuatkuasa 20 Mei 2011. Sila rujuk surat yang dilampirkan.

Terima kasih

KEPRESMA

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Saturday, May 21, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA KSU KKM BERSAMA-SAMA WAKIL KESATUAN / PERSATUAN

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kesatuan telah dijemput untuk menghadiri ke Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Setiausaha KKM dengan wakil-wakil kesatuan sekerja/persatuan pada tarikh, masa dan lokasi seperti berikut:
 
 
Tarikh : 16 June 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna KKM, Aras 8, Putrajaya
Agenda : Untuk merapatkan hubungan di antara pihak kesatuan/persatuan
dengan pihak KKM serta membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan kebajikan & kepentingan penjawat awam di KKM.
 
 
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.
 
 
Sekian, di maklumkan.
 
 

TERUSKAN KEMPEN KEAHLIAN!!

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu, pihak kesatuan memohon maaf kerana lewat mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian, insyaallah pihak kesatuan akan cuba menyalurkan sebarang maklumat terkini untuk tatapan ahli-ahli.
Ingin pihak kesatuan memaklumkan di sini bahawa, mantan setiausaha kesatuan iaitu saudara Hasmizal bin Zakaria, telah pun meninggalkan perjawatan sebagai Penolong Pegawai Rekod Perubatan di JKN Pulau Pinang. Beliau telah ditawarkan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan beliau kini telah pun bertugas di Pejabat Tanah & Daerah Seberang Perai Utara sebagai Penolong Pegawai Daerah. Sama-samalah kita berdoa agar beliau akan terus berjaya pada hari ini dan masa-masa akan datang. Insyaallah.
Walaupun kehilangan "orang kuat" dalam kesatuan, namun ia tetap tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli sedia ada. Usaha mesti diteruskan. Apa yang telah dirancang, perlu dilaksanakan. Insyaallah.
Kesatuan amat mengalu-alukan kepada seluruh rakan-rakan Penolong Pegawai Tadbir Rekod Perubatan untuk sama-sama menyertai kesatuan dan seterusnya dapat kita bergabung serta merealisasikan halatuju serta matlamat skim perkhidmatan kita.
Sebarang maklumat lanjut tentang keahlian/pembayaran yuran bolehlah menghubungi:
1) Encik Harishardy bin Ishak, Presiden - no. telefon: 012-4378184 / 04-3827113 (Hospital Seberang Jaya)
2) Puan Normah binti Sharif, Timbalan Presiden - no. telefon: 013-4857470 (Hospital Serdang)
3) Puan Fauziah binti Mat Isa, Setiausaha Kesatuan - no telefon 017-4554757 / 04-5383333 (Hospital Bukit Mertajam)
4) Puan Lim Jew Heang, Bendahari Kesatuan - no telefon 012-5892962 / 04-2625533 (JKN Pulau Pinang)
KEPRESMA