Thursday, July 26, 2012

Majlis Perjumpaan Bersama KSU Bagi Tahun 2012

Assalammualaikum...salam sejahtera...salam 1Malaysia,

Ahli Kepresma yang dihormati,

Seperti mana sedia maklum, majlis perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama wakil kesatuan dan persatuan pada tahun ini telah jatuh pada bulan Ramadhan. Perjumpaan yang berlangsung pada 23 Julai 2012 yakni bersamaan 3 Ramadhan 1433 di Putrajaya telah dihadiri oleh hampir 90% wakil-wakil dari pelbagai kesatuan/persatuan yang berada di bawah KKM.


Banyak isu serta usul yang telah dibangkitkan/dikemukakan oleh kesatuan/persatuan yang mewakili setiap skim perkhidmatan dan sudah pasti terdapatnya jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak KKM samada dapat memuaskan hati/tidak memuaskan hati kesatuan/persatuan yang terbabit. Walau bagaimanapun, majlis pertemuan kali ini tetap berjalan dalam keadaan yang harmoni dan mesra.


Berikut adalah usul Kepresma dan maklumbalas yang diterima semasa majlis pertemuan tersebut:


http://www.scribd.com/doc/101180700/Usul-Dan-Maklumbalas-KKM-2012


Oleh itu, kesatuan amat mengalu-alukan pandangan dari semua ahli supaya kita dapat sama-sama menyediakan satu maklum balas kepada pihak KKM di atas jawapan-jawapan yang diberikan.

Sebarang pertanyaan, boleh kemukakan kepada Setiausaha Kesatuan (Puan Fauziah binti Mat Isa - Hospital Bukit Mertajam)

Terima kasih

KEPRESMA


Tuesday, July 3, 2012

Assalammualaikum....salam 1Malaysia...

Buat ahli-ahli Kepresma yang dikasihi,

Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan majlis pertemuan bersama Ketua Setiausaha, KKM dengan wakil-wakil Kesatuan/Persatuan sekerja adalah seperti berikut:

Tarikh  : 23 Julai 2012 (Isnin)
Masa    : 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna KKM, Aras 8, Blok E7, Kompleks E,
              Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya


Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Terima kasih

KEPRESMA

Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 11, 2012

Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum

Assalammualaikum, salam 1Malaysia...

Buat ahli-ahli Kepresma yang dihormati & dikasihi...

Jabatan Perkhidmatan Awam, melalui laman webnya telah mengeluarkan surat pekeliling perkhidmatan berkaitan "Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum" bagi yang telah lulus @ melepasi ujian PTK pada Aras IV.

Sila rujuk dengan jabatan tuan/puan untuk makluman lanjut.


Link:


Harap maklum.

KEPRESMA

Saturday, March 31, 2012

PENGWUJUDAN LEBIH BANYAK JAWATAN PPT REKOD PERUBATAN DI GRED 32, 36, & 38

Antara cadangan usaha yang berterusan dari KEPRESMA kepada pihak KKM:

Pewujudan dan pengisian jawatan bagi gred N32, 36 & 38 di semua  Jabatan Kesihatan Negeri, hospital dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.


Sebagai langkah transformasi kepada perkembangan dan halatuju skim Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan), pihak kesatuan mencadangkan pihak KKM memberi perhatian kepada proses mempertingkatkan mobiliti secara menegak bagi semua urusan kenaikan pangkat di kalangan pegawai berdasarkan pertimbangan berikut:


1. Mewujudkan lebih banyak perjawatan PPT (Rekod Perubatan) gred N32, N36 dan N38 bagi seluruh hospital setiap negeri berdasarkan kriteria penempatan seperti berikut:

i)    Hospital Daerah Tanpa Pakar – mewujudkan jawatan bagi gred N32
ii)   Hospital Daerah Berpakar – mewujud/menambah lagi jawatan bagi gred N32 dan gred N36
iii)  Hospital Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38
iv)  Jabatan Kesihatan Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38


2. Cadangan ini dibuat setelah mengambilkira beberapa faktor penting terutamanya peningkatan beban kerja akibat dari pertambahan program dan aktiviti Rekod Perubatan seperti pelaksanaan Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) Web base dan SMRP Stand Alone, pelaksanaan program Case-Mix, penyeliaan dan pengumpulan data rawatan Harian di samping peningkatan ke atas kedatangan pesakit di setiap hospital-hospital KKM sejak kebelakangan ini.


3. Dapat meningkatkan lagi fungsi dan peranan anggota terutamanya yang melibatkan tugas-tugas penyeliaan.
 

4. Dapat memperluaskan bidang kuasa, meningkatkan kuasa suara atau voice power di mana penyampaian kehendak dan keperluan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) menjadi lebih berkesan dan mampu melaksanakan pelbagai skop tugasan atau multi tasking yang lebih khusus/spesifik dalam bidang rekod perubatan.


5. Dapat mewujudkan satu skim perkhidmatan yang lebih bersepadu melalui konsep job enrichment dan job enlargement yang dapat menumpukan kepada satu bidang yang lebih khusus dalam perkhidmatan rekod perubatan.

KENAIKAN GAJI BARU SSM TAHUN 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012:

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp012012.pdf

Wednesday, December 28, 2011

KEPUTUSAN PERBINCANGAN JPA DAN CUEPACS

Assalammualaikum & salam sejahtera

Berikut adalah link keputusan perbincangan di antara JPA dan Cuepacs berhubungan pelaksanaan Skim Baru Persaraan Awam (SBPA)


http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1301%3Apress-release-qkeputusan-perbincangan-antara-jpa-dan-cuepacs&catid=79%3Apress-release-statement&Itemid=70&lang=en


KEPRESMA

Thursday, November 10, 2011

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan)

Assalammualaikum...salam sejahtera....salam 1Malaysia

Untuk makluman, iklan kenaikan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27 Ke Gred N32 dan Gred N32 ke Gred N36 di Kementerian Kesihatan Malaysia telah dikeluarkan (rujuk senarai nama penyandang di Lampiran A & B).

Jika dilihat kepada surat iklan yang dikeluarkan, kemungkinan kekosongan jawatan-jawatan tersebut hanya di Selangor, Perak & Sarawak.

Link Iklan:

http://www.moh.gov.my/news/1293

Harap maklum

KEPRESMA

Wednesday, July 6, 2011

ISU DAN ULASAN DARI KKM SEMASA PERJUMPAAN DENGAN KSU PADA 21 JUN 2011

Assalammualaikum...salam 1Malaysia...
 

Terlebih dahulu pihak kesatuan ingin memohon maaf kerana lewat mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Bagi memenuhi tanggungjawab kesatuan, berikut disenaraikan maklumat berkenaan maklumbalas perjumpaan dengan KSU KKM yang telah diadakan pada 21 Jun 2011 yang lepas. Mungkin terdapat maklumbalas yang diberikan tidak memenuhi apa yang kita bangkitkan. Insyaallah pihak kesatuan akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan keperluan ahli.
 

ISU KENAIKAN PANGKAT
 

ISU 1:


Penjelasan berhubung kenaikan pangkat bagi PPT (Rekod Perubatan) di KKM yang terhad jika dibandingkan dengan PPT (Gunasama Persekutuan), memandangkan senarai calon yang layak untuk dinaikkan pangkat pernah dikemukakan ke BSM dan SPA


Ulasan dari KKM:


Pengwujudan jawatan PPT (Rekod Perubatan), di KKM sebagai jawatan tertutup adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan yang khusus di kementerian. KKM akan mengkaji kedudukan perjawatan khususnya bagi gred kenaikan pangkat PPT (Rekod Perubatan) bagi memastikan peluang kenaikan pangkat adalah lebih baik.

  

ISU 2:
 

Mohon supaya PPT (Rekod Perubatan) gred N27 diberi peluang untuk memohon kenaikan pangkat ke gred N32/N36 skim perkhidmatan gunasama persekutuan yang mana ianya terletak di bawah bidang kuasa JPA



Ulasan dari KKM:


Perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan) merupakan perkhidmatan tertutup di KKM. Sebarang urusan kenaikan pangkat adalah di bawah laluan kerjaya PPT (Rekod Perubatan) dan di bawah bidang kuasa KKM



Oleh itu, PPT (Rekod Perubatan) tidak boleh memohon dipertimbangkan kenaikan pangkat di bawah laluan PPT (Gunasama Persekutuan). Sekiranya PPT (Rekod Perubatan) ingin mengisi jawatan gred N32 PPT (Gunasama Persekutuan), penyandang jawatan boleh memohon pertukaran perkhidmatan dengan JPA ke jawatan PPT (Gunasama Persekutuan). Walau bagaimanapun, pegawai akan kehilangan kekananan dalam perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan).



ISU 3:



Mohon supaya PPT (Rekod Perubatan) yang telah lulus menduduki peperiksaan KPSL atau mempunyai kelulusan Ijazah ke atas diberi keutamaan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41



Ulasan dari KKM:



Kementeriaan bersedia membantu PPT (Rekod Perubatan) yang memenuhi syarat-syarat untuk dipertimbangkan pelantikan pelantikan oleh SPA ke jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 yang kosong.



Walau bagaimanapun, calon-calon yang akan dilantik adalah bergantung kepada syarat dan tapisan yang telah ditetapkan oleh SPA.



Pegawai-pegawai yang telah memohon hendaklah mengemukakkan nama kepada Kementerian untuk dipanjangkan kepada SPA.

  

ISU PENGWUJUDAN/PENAMBAHAN JAWATAN


Mewujudkan lebih banyak perjawatan PPT (Rekod Perubatan) gred N32 dan N36/N38 bagi seluruh hospital setiap negeri berdasarkan kriteria penempatan seperti berikut:



• Hospital Daerah Tanpa Pakar – mewujudkan jawatan bagi gred N32

• Hospital Daerah Berpakar – mewujud/menambah lagi jawatan bagi gred N32 dan gred N36

• Hospital Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38

• Jabatan Kesihatan Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38



Untuk memastikan nisbah perjawatan di antara PPT (Rekod Perubatan) Gred N27 dan Gred N32/36/38 dapat di imbangi, di samping ianya terhad di hospital sahaja. Pihak kesatuan mendapati adalah penting akan keperluan supaya diwujudkan perjawatan bagi PPT (Rekod Perubatan) gred N27 di Klinik/Pusat Kesihatan Daerah yang terpilih dan mempunyai beban kerja yang tinggi terutamanya yang melibatkan aspek-aspek pengurusan rekod perubatan pesakit.



Bagi memenuhi syarat pengisian perkara di atas, keutamaan harus diberikan kepada anggota rekod perubatan yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang rekod perubatan tidak kurang dari lima (5) tahun:



Ulasan dari KKM:



Pewujudan jawatan adalah berdasarkan keutamaan sesebuah fasiliti. Kebiasaannya, agihan jawatan dibuat dengan memberikan keutamaan kepada hospital-hospital negeri.



Bagi syarat kenaikan pangkat, PPT (Rekod Perubatan) perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di gred N27 sebelum layak dipertimbangkan ke gred N32 dan bagi kenaikan pangkat dari gred N32 ke N36 perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh yang ditetapkan ini boleh dipendekkan sekiranya wujudnya kekosongan jawatan di gred kenaikan pangkat.

  

ISU CARTA ORGANISASI:



Mohon diletakkan Perkhidmatan Rekod Perubatan di bawah tanggungjawab satu bahagian memandangkan pada masa ini perkhidmatan tersebut diselia oleh Bahagian Perkembangan dan Pusat Informatik.



Ulasan dari KKM:



Cadangan untuk melihat samada perkhidmatan rekod perubatan untuk diletakkan di bawah satu seliaan akan dikaji semula oleh Bahagian Sumber Manusia.



ISU SKIM PERKHIDMATAN:



Mohon dikaji semula kedudukan skim perkhidmatan tertutup PPT (Rekod Perubatan) dan PPT (Stor) supaya diletakkan di bawah skim perkhidmatan terbuka iaitu perkhidmatan gunasama persekutuan.



Ulasan dari KKM:



Skim perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan) dan skim perkhidmatan PPT (Stor) diwujudkan di bawah KKM berdasarkan keperluan khusus kementerian. Perkara ini telah dijelaskan kepada pihak Persatuan Rekod Perubatan Malaysia melalui mesyuarat pada 10 Mei 2010.



Catitan: isu skim perkhidmatan telah mendapat bantahan dari Presiden PPT (Stor) kerana penjelasan yang diberikan tidak menjawab soalan kerana pihak KKM iaitu melalui Bahagian Sumber Manusia hanya bermesyuarat dan memaklumkan kepada  Persatuan Rekod Perubatan sahaja, tetapi tidak melibatkan Kesatuan PPT Rekod Perubatan & Persatuan PPT Stor. Jesteru itu, pengerusi yang mengendalikan isu terbabit, meneliti semula keperluan tuntutan tersebut di antara PPT Rekod Perubatan & PPT Stor.





ISU ELAUN DAN KEMUDAHAN:



Mohon diwujudkan Elaun Khas Rekod Perubatan kepada PPT (Rekod Perubatan) / Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) yang memiliki sijil amalan profesional bagi ICD-10 coder dan bertanggungjawab secara khusus dan sepenuhnya dalam urusan menyediakan pengkodan diagnosis.



Ulasan dari KKM:



Pihak KKM memohon kesatuan mengemukakan kertas cadangan dan justifikasi yang jelas kepada kementerian.




Pihak kesatuan amat mengalu-alukan sumbangan idea/cadangan dari rakan-rakan semua. Mungkin juga kita boleh menganjurkan satu konvensyen atau sebagainya bagi tujuan untuk kita berbincang, berkongsi maklumat dan seterusnya mencapai kata sepakat secara bersama bagi memastikan matlamat kita tercapai. Di samping itu, adalah menjadi kewajipan kesatuan untuk menjawab semula ulasan-ulasan tersebut dan seterusnya dapat menyediakan satu kertas kerja (bersama-sama dengan laporan kajiselidik) untuk dikemukakan secara terus kepada KSU.

  

Terima kasih.

KEPRESMA

Wednesday, June 8, 2011

GARISPANDUAN PENEMPATAN PEGAWAI (KUP) UNTUK MENGISI JAWATAN SECARA HAKIKI

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,

Dimaklumkan bahawa, surat edaran JPA rujukan JPA(S) NP. 134/1 Klt. 19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009 telah menetapkan bahawa pegawai yang dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) boleh ditempatkan semula untuk mengisi kekosongan hakiki jawatan kenaikan pangkat berkenaan mengikut keperluan.

Syarat-syarat permohonan adalah tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan di setiap JKN/Hospital/Institusi berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan (sila rujuk fail di bawah):

Sekian, terima kasih

Kepresma









Wednesday, June 1, 2011

Semak status permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia:

Status Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan KPSL ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41 boleh disemak mulai hari ini.


Link: http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/semak/


KEPRESMA

Friday, May 27, 2011

PEMBEKUAN PENGAMBILAN/PENGISIAN JAWATAN

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia,

Dimaklumkan, urusan Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri telah berkuatkuasa 20 Mei 2011. Sila rujuk surat yang dilampirkan.

Terima kasih

KEPRESMA

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Saturday, May 21, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA KSU KKM BERSAMA-SAMA WAKIL KESATUAN / PERSATUAN

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kesatuan telah dijemput untuk menghadiri ke Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Setiausaha KKM dengan wakil-wakil kesatuan sekerja/persatuan pada tarikh, masa dan lokasi seperti berikut:
 
 
Tarikh : 16 June 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna KKM, Aras 8, Putrajaya
Agenda : Untuk merapatkan hubungan di antara pihak kesatuan/persatuan
dengan pihak KKM serta membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan kebajikan & kepentingan penjawat awam di KKM.
 
 
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.
 
 
Sekian, di maklumkan.
 
 

TERUSKAN KEMPEN KEAHLIAN!!

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu, pihak kesatuan memohon maaf kerana lewat mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian, insyaallah pihak kesatuan akan cuba menyalurkan sebarang maklumat terkini untuk tatapan ahli-ahli.
Ingin pihak kesatuan memaklumkan di sini bahawa, mantan setiausaha kesatuan iaitu saudara Hasmizal bin Zakaria, telah pun meninggalkan perjawatan sebagai Penolong Pegawai Rekod Perubatan di JKN Pulau Pinang. Beliau telah ditawarkan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan beliau kini telah pun bertugas di Pejabat Tanah & Daerah Seberang Perai Utara sebagai Penolong Pegawai Daerah. Sama-samalah kita berdoa agar beliau akan terus berjaya pada hari ini dan masa-masa akan datang. Insyaallah.
Walaupun kehilangan "orang kuat" dalam kesatuan, namun ia tetap tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli sedia ada. Usaha mesti diteruskan. Apa yang telah dirancang, perlu dilaksanakan. Insyaallah.
Kesatuan amat mengalu-alukan kepada seluruh rakan-rakan Penolong Pegawai Tadbir Rekod Perubatan untuk sama-sama menyertai kesatuan dan seterusnya dapat kita bergabung serta merealisasikan halatuju serta matlamat skim perkhidmatan kita.
Sebarang maklumat lanjut tentang keahlian/pembayaran yuran bolehlah menghubungi:
1) Encik Harishardy bin Ishak, Presiden - no. telefon: 012-4378184 / 04-3827113 (Hospital Seberang Jaya)
2) Puan Normah binti Sharif, Timbalan Presiden - no. telefon: 013-4857470 (Hospital Serdang)
3) Puan Fauziah binti Mat Isa, Setiausaha Kesatuan - no telefon 017-4554757 / 04-5383333 (Hospital Bukit Mertajam)
4) Puan Lim Jew Heang, Bendahari Kesatuan - no telefon 012-5892962 / 04-2625533 (JKN Pulau Pinang)
KEPRESMA

Wednesday, October 27, 2010

KEMPEN KEAHLIAN DAN KAJIAN TAHAP KEPUASAN KERJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua rakan-rakan AMRO berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Pertama-tama sekali saya memanjatkan kesyukuran dengan rahmat dan limpah kurniaNya diizinkan kita untuk meneruskan aktiviti kesatuan.

Sukacita dimaklumkan bahawa, kesatuan sedang mengadakan kempen keahlian kepada semua AMRO dengan sasaran 90% dari AMRO menjadi ahli KEPRESMA. Kita sedia maklum, anggota rekod mempunyai anggota yang tidak ramai. Oleh yang demikian, kita perlu bersatu dalam sebuah kesatuan bagi membolehkan kita menyuarakan hasrat hati dan demi penambahbaikan perjawatan kita. Ini kerana, kita tidak akan didengari jika kita sedikit dan tidak mempunyai wadah yang sesuai.

Oleh yang demikian, KEPRESMA amat berharap semua rakan-rakan AMRO dapat menyertai kesatuan ini.

Juga sukacita saya nak maklumkan bahawa, KEPRESMA juga sedang mengedarkan borang soal selidik bagi mengetahui tahap kepuasan kerja Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan). Kita berharap, dengan maklumat kajian tersebut, kita dapat membuat memorandum kepada kementerian dan pihak berkenaan yang lain bagi tujuan penambahbaikan perjawatan kita.

Semoga semua rakan-rakan AMRO dapat menyokong aktiviti-aktiviti kesatuan seperti yang saya nyatakan diatas. InsyaAllah, jika kita muafakat, kita semua beroleh keberkatan.

Sekian dahulu, terima kasih.


Saya dengan hormatnya,

Mohd Hasmizal Bin Zakaria
Setiausaha Penaja
KEPRESMA

Nota: Boleh download dokumen dibawah jika perlu.

Borang kesatuan

Soal selidik

Monday, October 18, 2010

TAKLIMAT KEPADA PEGAWAI PENAJA KESATUAN PENOLONG PEGAWAI REKOD PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat kepada pegawai penaja KEPRESMA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 21hb Oktober 2010
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Tingkat 12, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson

Sehubungan dengan itu, semua pegawai penaja diminta menghadirkan diri ke majlis taklimat tersebut.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha penaja
KEPRESMA

Wednesday, August 18, 2010

Minit Mesyuarat PRPM Bersama KKM Bulan Mei 2010

Sekalong tahniah dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada PRPM kerana telah berusaha mengetengahkan permasalahan perjawatan Rekod Perubatan yang termasuk juga Penolong Pegawai Rekod Perubatan. Sungguhpun, tiada jawapan konklusif, akan tetapi dengan usaha tersebut akan mampu menarik perhatian kementerian dari mengabaikan perjawatan Rekod Perubatan secara amnya. Semoga usaha ini akan berterusan. Kita berharap, PRPM dan KEPRESMA akan dapat berjuang bersama-sama untuk terus memantapkan perjawatan Rekod Perubatan.

Memandangkan peri penting ahli KEPRESMA turut mengetahui keadaan semasa ini, akan kita uploadkan dokumen minit mesyuarat tersebut. Semoga bermanafaat.

Dokumen berikut merupakan surat edaran dan minit mesyuarat sebagaimana diterangkan diatas: (Kalau tak leh baca sebab kecik sangat, kena klik atas gambar, nanti dia bagi opsyen untuk buka kat new window)















Kalau tak leh baca sebab kecik sangat, kena klik atas gambar, nanti dia bagi opsyen untuk buka kat new window.

sekian, terima kasih.

Tuesday, August 17, 2010

KEPRESMA TELAH LULUS PENDAFTARAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita nak saya maklumkan, Kesatuan Penolong Pegawai Rekod Perubatan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai KEPRESMA telah didaftarkan pada 29 Julai 2010. Semoga dengan kelulusan penubuhan ini akan menjadi pemangkin dan penguat semangat untuk kita terus berkhidmat dan berjuang.

Tahniah!!

Monday, August 9, 2010

FB GROUP: KEPRESMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pencarian kaedah bagaimana kita nak berbincang menemukan kita dengan fungsi group di FB yang mana hanya di group kita leh berbincang perkara2 yang berkaitan kebajikan dan kepentingan kita. Maka, lahirlah group KEPRESMA, sebagai wadah untuk kita berbincang. Boleh klik link nie: KEPRESMA

Semua rakan2 AMRO diseru untuk add KEPRESMA bagi meningkatkan ukhwah dan berbincang sesama kita.

Sekian.

Setiausaha