Showing posts with label kepresma. Show all posts
Showing posts with label kepresma. Show all posts

Monday, August 9, 2010

FB GROUP: KEPRESMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pencarian kaedah bagaimana kita nak berbincang menemukan kita dengan fungsi group di FB yang mana hanya di group kita leh berbincang perkara2 yang berkaitan kebajikan dan kepentingan kita. Maka, lahirlah group KEPRESMA, sebagai wadah untuk kita berbincang. Boleh klik link nie: KEPRESMA

Semua rakan2 AMRO diseru untuk add KEPRESMA bagi meningkatkan ukhwah dan berbincang sesama kita.

Sekian.

Setiausaha

Tuesday, June 22, 2010

Maklumbalas Pendaftaran dari JHEKS

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Alhamdulillah, kita dah terima makluman mengenai penerimaan permohonan pendaftaran kesatuan kita dari JHEKS Malaysia setelah sekian lama ia tersangkut di JHEKS Pulau Pinang atas beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Disini saya sertakan surat tersebut untuk makluman dan pengetahuan semua.



Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal

Wednesday, May 19, 2010

DALAM PROSES PENDAFTARAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia semua,

Alhamdulillah, buat masa sekarang kita dah submit pembetulan dan sedang menunggu kelulusan dari pihak JHEKS. Sekiranya lulus, kita akan maklumkan kepada semua.

Untuk pengetahuan semua juga, KEPRESMA sedang merangka satu soal selidik mengenai perkhidmatan penolong pegawai tadbir (Rekod Perubatan)yang akan digunakan sebagai asas dalam perbincangan kita dengan pihak kementerian nanti.

Sebarang maklumbalas sila berhubung dengan pihak kesatuan melalui setiausaha penaja: mohdhasmizal@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal

Monday, March 29, 2010

PENGENALAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Alhamdulillah...setelah lama dibincangkan akhirnya cadangan penubuhan kesatuan bagi jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan atau Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) telah mengorak langkah.

Pada 12 Mac 2010, bertempat di Hospital Pulau Pinang, satu mesyuarat cadangan penubuhan kesatuan penolong pegawai rekod perubatan telah diadakan. Hasil dari mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan: KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI REKOD PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA.

Oleh yang demikian, semua penolong pegawai rekod perubatan dan penolong pegawai tadbir (rekod perubatan) adalah diseru untuk menyokong penubuhan kesatuan ini. Hanya dengan sokongan semua baru dapat kesatuan berfungsi dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal
Setiausaha penaja