Showing posts with label penolong pegawai rekod perubatan. Show all posts
Showing posts with label penolong pegawai rekod perubatan. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Kajian oleh FB Persatuan Rekod Perubatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, persatuan rekod perubatan melalui laman web Facebook (http://www.facebook.com/people/Rekod-Perubatan/100000968855575)sedang menjalankan satu kajian berkenaan hala tuju pengamal rekod perubatan.

Bersama-sama ini disertakan cerapan dari FB tersebut:

**********************************************************************************
Rekod Perubatan: Pendapat anda diperlukan

Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) akan menjalankan kajian terhadap pilihan pengamal rekod perubatan di seluruh KKM bagi menentukan halatuju pengamal rekod perubatan itu sendiri di masa hadapan.

Justeru itu, semua Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred N27, N32 & N36 beserta Pegawai Tadbir Rekod Perubatan Gred N41 tanpa ketinggalan walau seorang pun perlu membuat pilihan dan memberikan pendapat kepada pilihan yang dibuat.

Pendapat yang diperlukan daripada anda semua adalah :-

"KEMANAKAH HALATUJU PENGAMAL REKOD PERUBATAN DIMASA AKAN DATANG?

ADAKAH ANDA INGIN KEKAL DENGAN SKIM JAWATAN sekarang IAITU 'SKIM TERTUTUP' DAN DIGILAP KE ARAH SKOP KERJA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNIKAL

ATAU

ANDA INGIN KELUAR DARI 'SKIM TERTUTUP' INI DAN BERADA DI SKIM GUNASAMA?

Sila kemukakan pilihan dan pendapat anda ke MRO yang bertugas di JKN masing-masing dan satu salinan juga dihantar ke Setiausaha PRPM.

Hasil daripada pemilihan tuan/tuan dan puan/puan tersebut akan dijadikan satu kertas kerja untuk dimajukan ke Ketua Perkhidmatan dan seterusnya ke Bhg. Sumber Manusia sebelum dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tindakan proaktif dari anda sekelian juga amat dialu-alukan agar dapat menghebahkan mengenai hal ini kepada rakan sejawat anda.

Sekian dan terima kasih.

Wakil Zon Timur (PRPM)

***********************************************************************************

Untuk makluman semua, pihak kesatuan tiada halangan sekiranya ada usaha yang dibuat bagi penambahbaikan skim/perkhidmatan penolong pegawai rekod perubatan. Sebagaimana kita sedia maklum, kita sudah lama tertinggal, jadi sekarang adalah masa kita semua bersatu menyokong usaha penambahbaikan untuk kebaikan semua.

Walaubagaimana pun, pihak kesatuan juga sedang merangka sebuah kajian bagi mengkaji persepsi dan pendapat penolong pegawai rekod mengenai perkhidmatan sekarang. Kita semua tahu, berbanding pegawai eksekutif(EO), kita ketinggalan lebih dari 12 tahun dari segi gaji berbanding EO tersebut. Jadi marilah kita semua bersatu menuntut yang lebih baik untuk kita.


Sekian, untuk makluman.

M.Hasmizal
Setiausaha Penaja
KEPRESMA

DALAM PROSES PENDAFTARAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia semua,

Alhamdulillah, buat masa sekarang kita dah submit pembetulan dan sedang menunggu kelulusan dari pihak JHEKS. Sekiranya lulus, kita akan maklumkan kepada semua.

Untuk pengetahuan semua juga, KEPRESMA sedang merangka satu soal selidik mengenai perkhidmatan penolong pegawai tadbir (Rekod Perubatan)yang akan digunakan sebagai asas dalam perbincangan kita dengan pihak kementerian nanti.

Sebarang maklumbalas sila berhubung dengan pihak kesatuan melalui setiausaha penaja: mohdhasmizal@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

M.Hasmizal