Friday, March 22, 2013

GABUNGAN DENGAN CUEPACS

Assalammualaikum...salam 1Malaysia...

Buat rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi...

Alhamdullillah, setelah setahun memohon dan menunggu maklumbalas dari CUEPACS, akhirnya......



INFO TERKINI DARI KEPRESMA

Assalammualaikum & salam 1Malaysia...
 
Buat rakan-rakan seperjuangan...
 
Terlebih dahulu, admin KEPRESMA ingin memohon maaf kerana tidak mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Harap rakan-rakan semua tidak menyalah anggap dan tertanya-tanya apakah bentuk tindakan yang telah dilaksanakan oleh kesatuan sehingga ke hari ini.
 
Baiklah, sebagai makluman kepada ahli-ahli, antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kesatuan sepanjang tempoh dari Ogos 2012 sehingga Februari 2013, adalah:
 
1) CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM... 
 
Soal selidik mengenai cadangan penggabungan skim perkhidmatan telah dijalankan dari bulan Ogos sehingga September 2012. Hasil dari kajian  tersebut menunjukkan 70% (170/243) anggota PT/PPT(RP) bersetuju untuk bergabung dengan Skim Perkhidmatan Pegawai Kewangan, Pegawai/Penolong Pegawai Latihan dan Pegawai/Penolong Pegawai Tadbir (seperti mana yang telah dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui rujukan surat JPA.BPO(S)324/16 Jld 3 bertarikh 6 Ogos 2012).
 
Rentetan dari itu, satu bengkel telah diadakan bagi menyediakan kertas cadangan penggabungan ketiga-tiga skim perkhidmatan tersebut oleh Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) dan Kesatuan Penolong Pegawai Rekod Perubatan Semenanjung Malaysia (KEPRESMA).  Kertas cadangan tersebut telah dihantar ke Bahagian Sumber Manusia, KKM melalui surat Bil KKM 87/P1/11 JLD 3(15)  bertarikh 29. Okt 2012 (dilampirkan).  Malangnya, sehinga ke hari ini, cadangan penggabungan skim yang dikemukakan tidak mendapat maklumbalas dari bahagian tersebut.
 
 
2) CADANGAN TKSU KKM SUPAYA SKIM PERKHIDMATAN REKOD DAN STOR DIJADIKAN SKIM PERKHIDMATAN TERBUKA
 
Susulan dari isu tersebut, satu perbincangan tidak rasmi telah diadakan pada awal Disember 2012 antara Ketua Profesyen Rekod Perubatan dengan Presiden Persatuan Penolong Pegawai Tadbir (Stor). Hasil daripada perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyediakan kertas kerja bagi skim perkhidmatan terbuka sepertimana yang telah dicadangkan oleh TKSU kepada pihak Stor melalui sesi dialog yang telah diadakan oleh Bahagian Sumber dan Persatuan PPT (Stor).
 
 
3) KERTAS KERJA PERMOHONAN SKIM PERKHIDMATAN TERBUKA GUNASAMA PERSEKUTUAN
Alhamdullilah, pihak KEPRESMA dan PRPM sekali lagi mengambil inisiatif untuk melaksanakan soal selidik kali kedua bagi menentukan pemilihan perkhidmatan PT/PPT(RP) kepada Skim Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam. Soal selidik yang bermula dari Disember 2012 hingga Januari 2013 telah memberi gambaran yang positif di mana 92% [302 responden menyokong dari 330 anggota yang memberi maklumbalas] telah memilih untuk ke Skim Perkhidmatan Terbuka.
 
Berdasarkan hasil kajian tersebut, pada 27-28 Februari 2013 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson, sekali lagi pihak KEPRESMA dan PRPM berbincang untuk menentukan semula hala tuju skim perkhidmatan kita di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah mengambilkira beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, termasuklah tempoh perkhidmatan selama 27 tahun yang tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak terbabit, akhirnya  pihak KEPRESMA dan PRPM bersetuju dan telah menyediakan kertas kerja yang lebih komprehensif untuk memohon Skim Perkhidmatan Terbuka (Gunasama) Persekutuan untuk Pegawai dan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) untuk dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Oleh itu, admin KEPRESMA berharap kepada rakan-rakan semua, sama-samalah kita berdoa supaya permohonan kita ini diterima oleh pihak JPA dan KKM, demi kebaikan serta kebajikan kita bersama pada masa hadapan.

Wassalam


 





Thursday, September 27, 2012

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia....Buat rakan-rakan yang dikasihi

Alhamdullillah, pada 7-8 September 2012, berlangsung di Hotel Citrus, Kuala Lumpur, pihak Kepresma dan Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) buat julung kalinya mengadakan bengkel bagi membincangkan halatuju masa depan skim perkhidmatan rekod perubatan. Pihak Kepresma telah diwakili oleh En. Harishardy (Presiden), En. Wan Muhayudin (Naib Presiden), Pn. Siti Aishah (Naib Presiden) dan En. Yaakub (AJK Kepresma). Manakala pihak PRPM pula diwakili oleh Pn. Siti Hajar (Presiden), En. Mas'ud (Naib Presiden), Pn. Zarimah (Setiausaha Kehormat) dan Pn. Hasnah (Setiausaha).





Perjumpaan kali ini agak istimewa kerana buat pertama kalinya pihak Kepresma dan PRPM telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan cadangan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menerima cadangan penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Kewangan, Pegawai/Penolong Pegawai Latihan dan Pegawai/Penolong Pegawai Tadbir tersebut.

Berikut adalah laporan lengkap yang telah disediakan pihak Kepresma dan PRPM yang telah dikemukakan kepada pihak KKM.


http://www.scribd.com/doc/107141591

Besarlah harapan kami supaya skim perkhidmatan kita mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak berkaitan iaitu setelah 26 tahun tertinggal jauh berbanding dengan skim-skim perkhidmatan lain yang setaraf dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sama-sama kita berdoa....Insyaallah...


KEPRESMA



Sunday, August 19, 2012