Wednesday, October 27, 2010

KEMPEN KEAHLIAN DAN KAJIAN TAHAP KEPUASAN KERJA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua rakan-rakan AMRO berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Pertama-tama sekali saya memanjatkan kesyukuran dengan rahmat dan limpah kurniaNya diizinkan kita untuk meneruskan aktiviti kesatuan.

Sukacita dimaklumkan bahawa, kesatuan sedang mengadakan kempen keahlian kepada semua AMRO dengan sasaran 90% dari AMRO menjadi ahli KEPRESMA. Kita sedia maklum, anggota rekod mempunyai anggota yang tidak ramai. Oleh yang demikian, kita perlu bersatu dalam sebuah kesatuan bagi membolehkan kita menyuarakan hasrat hati dan demi penambahbaikan perjawatan kita. Ini kerana, kita tidak akan didengari jika kita sedikit dan tidak mempunyai wadah yang sesuai.

Oleh yang demikian, KEPRESMA amat berharap semua rakan-rakan AMRO dapat menyertai kesatuan ini.

Juga sukacita saya nak maklumkan bahawa, KEPRESMA juga sedang mengedarkan borang soal selidik bagi mengetahui tahap kepuasan kerja Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan). Kita berharap, dengan maklumat kajian tersebut, kita dapat membuat memorandum kepada kementerian dan pihak berkenaan yang lain bagi tujuan penambahbaikan perjawatan kita.

Semoga semua rakan-rakan AMRO dapat menyokong aktiviti-aktiviti kesatuan seperti yang saya nyatakan diatas. InsyaAllah, jika kita muafakat, kita semua beroleh keberkatan.

Sekian dahulu, terima kasih.


Saya dengan hormatnya,

Mohd Hasmizal Bin Zakaria
Setiausaha Penaja
KEPRESMA

Nota: Boleh download dokumen dibawah jika perlu.

Borang kesatuan

Soal selidik

Monday, October 18, 2010

TAKLIMAT KEPADA PEGAWAI PENAJA KESATUAN PENOLONG PEGAWAI REKOD PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat kepada pegawai penaja KEPRESMA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 21hb Oktober 2010
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Tingkat 12, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson

Sehubungan dengan itu, semua pegawai penaja diminta menghadirkan diri ke majlis taklimat tersebut.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha penaja
KEPRESMA