Pewujudan dan pengisian jawatan bagi gred N32, 36 & 38 di semua Jabatan Kesihatan Negeri, hospital dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai langkah transformasi
kepada perkembangan dan halatuju skim Penolong Pegawai Tadbir (Rekod
Perubatan), pihak kesatuan mencadangkan pihak KKM memberi perhatian kepada
proses mempertingkatkan mobiliti secara menegak bagi semua urusan kenaikan
pangkat di kalangan pegawai berdasarkan pertimbangan berikut:
1. Mewujudkan lebih banyak
perjawatan PPT (Rekod Perubatan) gred N32, N36 dan N38 bagi seluruh hospital
setiap negeri berdasarkan kriteria penempatan seperti berikut:
i) Hospital Daerah Tanpa Pakar –
mewujudkan jawatan bagi gred N32
ii)
Hospital Daerah Berpakar –
mewujud/menambah lagi jawatan bagi gred N32 dan gred N36iii) Hospital Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38
iv) Jabatan Kesihatan Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38
2.
Cadangan ini
dibuat setelah mengambilkira beberapa faktor penting terutamanya peningkatan
beban kerja akibat dari pertambahan program dan aktiviti Rekod Perubatan
seperti pelaksanaan Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) Web base dan SMRP
Stand Alone, pelaksanaan program Case-Mix, penyeliaan dan pengumpulan data rawatan
Harian di samping peningkatan ke atas kedatangan pesakit di setiap
hospital-hospital KKM sejak kebelakangan ini.
3. Dapat meningkatkan lagi fungsi dan peranan anggota terutamanya yang melibatkan tugas-tugas penyeliaan.
4. Dapat memperluaskan bidang kuasa, meningkatkan kuasa suara atau voice power di mana penyampaian kehendak dan keperluan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) menjadi lebih berkesan dan mampu melaksanakan pelbagai skop tugasan atau multi tasking yang lebih khusus/spesifik dalam bidang rekod perubatan.