Sunday, May 23, 2010

Berita Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada sabtu lepas (21hb Mei 2010) saya telah turut turun ke majlis taklimat bersama presiden CEUPACS anjuran kesatuan PT Kesihatan dan JKN Pulau Pinang. Dalam, majlis tersebut pelbagai isu yang telah dibangkitkan dan juga telah diberi penjelasan. Untuk makluman semua, kesatuan tersebut telah menghantar memorandum meminta supaya skim mereka dinaiktaraf sebagaimana yang telah dicapai oleh skim tukang masak.

Presiden CEUPACS juga turut memaklumkan bahawa PPT juga telah mengemukakan permohonan. Malangnya bagi kita, permohonan tersebut HANYA untuk EO (menurut pemahaman saya, jika salah sila betulkan)sahaja dan tidak membabitkan kita kerana ia dikemukakan oleh KEPAK yang perupakan kesatuan pegawai eksekutif.

Oleh yang demikian, kita juga perlu segera berusaha untuk mengemukakan memorandum kepada pihak JPA bagi membela nasib kita.

Mengambil kesempatan ini juga, saya memohon, supaya semua PPT (rekod perubatan) menjadi duta kecil untuk mengajak semua rakan sejawatan kita menyertai kesatuan kita ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment