Tuesday, May 25, 2010

Exam KPSL Dah Dekat

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

Saya pasti kepada yang masih belum lepas KPSL sedang tercongak2 bentuk soalan yang akan keluar pada kali ini. Pada kali ini peperiksaan KPSL akan diadakan pada 14-16 Jun 2010. Namun tempat masih belum dapat disahkan lagi.

Sehubungan dengan itu, persediaan yang secukupnya perlu bagi memastikan peperiksaan dapat diambil dengan tenang. Oleh sebab itu, buku-buku yang diperlukan perlu disenaraikan supaya senang kita nak kenalpasti sama ada nak pinjam atau nak beli. Yang penting buku tersebut kena ada pada hari peperiksaan.

Antara buku yang berkaitan adalah seperti:

A. Bahagian 1
1. Perintah2 Am
2. Peraturan2 pegawai awam
3. Pekeliling/Surat Pekeliling Perkhidmatan/Perbendaharaan
4. Arahan Perbendaharaan
5. Tatacara Pengurusan Stor

B. Bahagian 2
1. Panduan Pengurusan Pejabat
2. Arahan Keselamatan
3. Pekeliling Kemajuan Pentabiran Awam

C. Bahagian 3
1.Perlembagaan Malaysia
2. Undang-Undang, akta-akta dan Peraturan2 yang berkaitan seperti dalam sukatan pelajaran.

No comments:

Post a Comment