Wednesday, May 19, 2010

Kajian oleh FB Persatuan Rekod Perubatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, persatuan rekod perubatan melalui laman web Facebook (http://www.facebook.com/people/Rekod-Perubatan/100000968855575)sedang menjalankan satu kajian berkenaan hala tuju pengamal rekod perubatan.

Bersama-sama ini disertakan cerapan dari FB tersebut:

**********************************************************************************
Rekod Perubatan: Pendapat anda diperlukan

Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) akan menjalankan kajian terhadap pilihan pengamal rekod perubatan di seluruh KKM bagi menentukan halatuju pengamal rekod perubatan itu sendiri di masa hadapan.

Justeru itu, semua Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred N27, N32 & N36 beserta Pegawai Tadbir Rekod Perubatan Gred N41 tanpa ketinggalan walau seorang pun perlu membuat pilihan dan memberikan pendapat kepada pilihan yang dibuat.

Pendapat yang diperlukan daripada anda semua adalah :-

"KEMANAKAH HALATUJU PENGAMAL REKOD PERUBATAN DIMASA AKAN DATANG?

ADAKAH ANDA INGIN KEKAL DENGAN SKIM JAWATAN sekarang IAITU 'SKIM TERTUTUP' DAN DIGILAP KE ARAH SKOP KERJA YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNIKAL

ATAU

ANDA INGIN KELUAR DARI 'SKIM TERTUTUP' INI DAN BERADA DI SKIM GUNASAMA?

Sila kemukakan pilihan dan pendapat anda ke MRO yang bertugas di JKN masing-masing dan satu salinan juga dihantar ke Setiausaha PRPM.

Hasil daripada pemilihan tuan/tuan dan puan/puan tersebut akan dijadikan satu kertas kerja untuk dimajukan ke Ketua Perkhidmatan dan seterusnya ke Bhg. Sumber Manusia sebelum dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tindakan proaktif dari anda sekelian juga amat dialu-alukan agar dapat menghebahkan mengenai hal ini kepada rakan sejawat anda.

Sekian dan terima kasih.

Wakil Zon Timur (PRPM)

***********************************************************************************

Untuk makluman semua, pihak kesatuan tiada halangan sekiranya ada usaha yang dibuat bagi penambahbaikan skim/perkhidmatan penolong pegawai rekod perubatan. Sebagaimana kita sedia maklum, kita sudah lama tertinggal, jadi sekarang adalah masa kita semua bersatu menyokong usaha penambahbaikan untuk kebaikan semua.

Walaubagaimana pun, pihak kesatuan juga sedang merangka sebuah kajian bagi mengkaji persepsi dan pendapat penolong pegawai rekod mengenai perkhidmatan sekarang. Kita semua tahu, berbanding pegawai eksekutif(EO), kita ketinggalan lebih dari 12 tahun dari segi gaji berbanding EO tersebut. Jadi marilah kita semua bersatu menuntut yang lebih baik untuk kita.


Sekian, untuk makluman.

M.Hasmizal
Setiausaha Penaja
KEPRESMA

2 comments:

  1. Salam Sejahtera...
    Terlebih dahulu ucapan tahniah atas usaha tuan/puan bagi mewujudkan Kesatuan PPRP. Saya tak berapa pasti adakah penghantaran borang saya sampai... nak juga tahu dari selangor berapa orang join??.
    Berkaitan isu halatuju bagi skim perkhidmatan Rekod Perubatan perlunya penelitian secara rasional bagi menentukan samada skim PRP kepada Gunasama atau Close. Saya berpendapat skim secara close memang lebih selamat untuk kita-kita yang rasakan bekerja dengan situasi sekarang (Dibawah Pengarah Hospital /TPPK Negeri) bilamana tekanan kerja agak OK kecuali kerja-kerja teknikan berkaitan Dx + Prcdr dan ICD10 + ICD9CM & Casemix. Bagi skim gunasama pula memang ada banyak advantage dari segi nak mengembangkan perkhidmatan RP kearah lebih open kepada semua Perkhidmatan Kesihatan lain dan tidak terikat kepada perkhidmatan Perubatan (Medical Care + Hospital Care) seperti yg ada sekarang. Saya lebih berminat jika dapatlah perkhidmatan Rekod Perubatan diperluaskan kepada Perkhidmatan Pengurusan Maklumat Kesihatan dan Rekod Perubatan (Tukar sikit jenama). Mengapa tidak skim kita ini menguasai bidang maklumat dan statistik disemua peringkat KKM serta menempatkan kita semua disemua peringkat perkhidmatan. Dengan itu skim perjawatan ini akan lebih meluas dan peluang-peluang kenaikan pangkat serta menambah anggota lebi terbuka luas.
    Banyak lagi perkara-perkar berkaitan halatuju dan isu-isu seperti ini bisa di bawa perbincangan dan brain storm... So saya cadangkan kepada Persatuan RP yg berperanan menyeluruh bagi skim Pegawai Rekod dan PPRP untuk bersedia mengadakan AGM secara berasingan tak tak terikat pada program PIK/BPP nak sambil-sambil Seminar/Mesyuarat adakan AGM. Dah sampai masanya jemput semua ahli seluruh Malaysia, buat hari Sabtu/Ahad.. Kan tabung Persatuan RP dah ada simpanan +-10RB..Boleh juga ulung-ulung kali AGM mengumpulkan semua ahli dan promote ahli baru sekali...
    OKlah.. dan banyak celoteh nanti jadi isu lain..
    Harapan untuk semua Keluarga RP seluruh negara..agar dapat kita mengambil kesempatan bagi menyalurkan pendapat dan luahan rasa masing-masing. Bagi yg membaca ruanga ini .. maaf kiranya ada terlebih kata.. Maaf Dipinta...
    FRom: Masud Husain PPRP N32 JKNSelangor. Email: masud@moh.gov.my

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab sentiasa concern dengan perkhidmatan kita. saya pasti itu juga turut dikongsi oleh semua AMRO.

    Untuk pengetahuan Tuan, borang yang kita edarkan terdahulu merupakan borang untuk menyokong penubuhan. Borang keahlian hanya akan kita edarkan apabila penubuhan kesatuan disahkan.

    Saya juga bersetuju, perlu dibuat konvensyen bagi membincangkan perkara tersebut. Cuma saya rasakan, kesatuan merupakan wadah yang lebih tepat bilamana kita nak membincangkan berkenaan skim perkhidmatan kita.

    Alhamdulillah, kita turut menerima borang sokongan dari rakan-rakan di Selangor dan terima kasih atas sebab Tuan juga menyokong penubuhan kesatuan.

    Untuk makluman tuan, oleh sebab saya merasakan pandangan bernas tuan taidak patut berakhir dilaman ini, maka saya dah pastekan pandangan dan cadangan tersebut di laman facebook persatuan rekod perubatan.

    Sekian, terima kasih.

    M.Hasmizal
    S/U Penaja
    KEPRESMA

    ReplyDelete