Wednesday, June 16, 2010

Abu Bakar Ketua Pengarah JPA

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Julai depan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan semalam.

Abu Bakar, 55, menggantikan Tan Sri Ismail Adam, 60, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 30 Jun. Sidek dalam kenyataannya berkata, pelantikan Abu Bakar selaras dengan peruntukan Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.-Bernama

Nota:

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Abu Bakar Abdullah atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Semoga Datuk dapat membantu golongan dibawah skim tertutup seperti Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) yang telah ketinggalan sekian lama.

No comments:

Post a Comment