Saturday, May 21, 2011

TERUSKAN KEMPEN KEAHLIAN!!

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu, pihak kesatuan memohon maaf kerana lewat mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian, insyaallah pihak kesatuan akan cuba menyalurkan sebarang maklumat terkini untuk tatapan ahli-ahli.
Ingin pihak kesatuan memaklumkan di sini bahawa, mantan setiausaha kesatuan iaitu saudara Hasmizal bin Zakaria, telah pun meninggalkan perjawatan sebagai Penolong Pegawai Rekod Perubatan di JKN Pulau Pinang. Beliau telah ditawarkan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan beliau kini telah pun bertugas di Pejabat Tanah & Daerah Seberang Perai Utara sebagai Penolong Pegawai Daerah. Sama-samalah kita berdoa agar beliau akan terus berjaya pada hari ini dan masa-masa akan datang. Insyaallah.
Walaupun kehilangan "orang kuat" dalam kesatuan, namun ia tetap tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli sedia ada. Usaha mesti diteruskan. Apa yang telah dirancang, perlu dilaksanakan. Insyaallah.
Kesatuan amat mengalu-alukan kepada seluruh rakan-rakan Penolong Pegawai Tadbir Rekod Perubatan untuk sama-sama menyertai kesatuan dan seterusnya dapat kita bergabung serta merealisasikan halatuju serta matlamat skim perkhidmatan kita.
Sebarang maklumat lanjut tentang keahlian/pembayaran yuran bolehlah menghubungi:
1) Encik Harishardy bin Ishak, Presiden - no. telefon: 012-4378184 / 04-3827113 (Hospital Seberang Jaya)
2) Puan Normah binti Sharif, Timbalan Presiden - no. telefon: 013-4857470 (Hospital Serdang)
3) Puan Fauziah binti Mat Isa, Setiausaha Kesatuan - no telefon 017-4554757 / 04-5383333 (Hospital Bukit Mertajam)
4) Puan Lim Jew Heang, Bendahari Kesatuan - no telefon 012-5892962 / 04-2625533 (JKN Pulau Pinang)
KEPRESMA

1 comment:

  1. Hi semua saudara-saudari yang dihormati.

    Saya R. Vijayan, bekas Penolong Pegawai Rekod Perubatan, JKN Johor sehingga tahun 2007.

    Saya ingin maklumkan bahawa saya ada ujudkan website-blog http://mrpalsmy.wordpress.com/

    Tuan/Puan dijemput melayari laman ini dan sukacita sekiranya tuan/puan dapat mengumumkan laman ini kepada rakan-rakan sejawat yang lain, termasuk MRO dan MRA.

    Alamat emel saya ialah vijayanr@yahoo.com dan nombor mobile ialah +60137733458.

    Terima Kasih dan semoga kamu semua berjaya dalam kerjajaya masing-masing.

    ReplyDelete