Wednesday, July 6, 2011

ISU DAN ULASAN DARI KKM SEMASA PERJUMPAAN DENGAN KSU PADA 21 JUN 2011

Assalammualaikum...salam 1Malaysia...
 

Terlebih dahulu pihak kesatuan ingin memohon maaf kerana lewat mengemaskini maklumat terkini tentang aktiviti kesatuan. Bagi memenuhi tanggungjawab kesatuan, berikut disenaraikan maklumat berkenaan maklumbalas perjumpaan dengan KSU KKM yang telah diadakan pada 21 Jun 2011 yang lepas. Mungkin terdapat maklumbalas yang diberikan tidak memenuhi apa yang kita bangkitkan. Insyaallah pihak kesatuan akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan keperluan ahli.
 

ISU KENAIKAN PANGKAT
 

ISU 1:


Penjelasan berhubung kenaikan pangkat bagi PPT (Rekod Perubatan) di KKM yang terhad jika dibandingkan dengan PPT (Gunasama Persekutuan), memandangkan senarai calon yang layak untuk dinaikkan pangkat pernah dikemukakan ke BSM dan SPA


Ulasan dari KKM:


Pengwujudan jawatan PPT (Rekod Perubatan), di KKM sebagai jawatan tertutup adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan yang khusus di kementerian. KKM akan mengkaji kedudukan perjawatan khususnya bagi gred kenaikan pangkat PPT (Rekod Perubatan) bagi memastikan peluang kenaikan pangkat adalah lebih baik.

  

ISU 2:
 

Mohon supaya PPT (Rekod Perubatan) gred N27 diberi peluang untuk memohon kenaikan pangkat ke gred N32/N36 skim perkhidmatan gunasama persekutuan yang mana ianya terletak di bawah bidang kuasa JPA



Ulasan dari KKM:


Perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan) merupakan perkhidmatan tertutup di KKM. Sebarang urusan kenaikan pangkat adalah di bawah laluan kerjaya PPT (Rekod Perubatan) dan di bawah bidang kuasa KKM



Oleh itu, PPT (Rekod Perubatan) tidak boleh memohon dipertimbangkan kenaikan pangkat di bawah laluan PPT (Gunasama Persekutuan). Sekiranya PPT (Rekod Perubatan) ingin mengisi jawatan gred N32 PPT (Gunasama Persekutuan), penyandang jawatan boleh memohon pertukaran perkhidmatan dengan JPA ke jawatan PPT (Gunasama Persekutuan). Walau bagaimanapun, pegawai akan kehilangan kekananan dalam perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan).



ISU 3:



Mohon supaya PPT (Rekod Perubatan) yang telah lulus menduduki peperiksaan KPSL atau mempunyai kelulusan Ijazah ke atas diberi keutamaan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41



Ulasan dari KKM:



Kementeriaan bersedia membantu PPT (Rekod Perubatan) yang memenuhi syarat-syarat untuk dipertimbangkan pelantikan pelantikan oleh SPA ke jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 yang kosong.



Walau bagaimanapun, calon-calon yang akan dilantik adalah bergantung kepada syarat dan tapisan yang telah ditetapkan oleh SPA.



Pegawai-pegawai yang telah memohon hendaklah mengemukakkan nama kepada Kementerian untuk dipanjangkan kepada SPA.

  

ISU PENGWUJUDAN/PENAMBAHAN JAWATAN


Mewujudkan lebih banyak perjawatan PPT (Rekod Perubatan) gred N32 dan N36/N38 bagi seluruh hospital setiap negeri berdasarkan kriteria penempatan seperti berikut:



• Hospital Daerah Tanpa Pakar – mewujudkan jawatan bagi gred N32

• Hospital Daerah Berpakar – mewujud/menambah lagi jawatan bagi gred N32 dan gred N36

• Hospital Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38

• Jabatan Kesihatan Negeri – mewujud/menambah lagi jawatan gred N32 dan N36/N38



Untuk memastikan nisbah perjawatan di antara PPT (Rekod Perubatan) Gred N27 dan Gred N32/36/38 dapat di imbangi, di samping ianya terhad di hospital sahaja. Pihak kesatuan mendapati adalah penting akan keperluan supaya diwujudkan perjawatan bagi PPT (Rekod Perubatan) gred N27 di Klinik/Pusat Kesihatan Daerah yang terpilih dan mempunyai beban kerja yang tinggi terutamanya yang melibatkan aspek-aspek pengurusan rekod perubatan pesakit.



Bagi memenuhi syarat pengisian perkara di atas, keutamaan harus diberikan kepada anggota rekod perubatan yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang rekod perubatan tidak kurang dari lima (5) tahun:



Ulasan dari KKM:



Pewujudan jawatan adalah berdasarkan keutamaan sesebuah fasiliti. Kebiasaannya, agihan jawatan dibuat dengan memberikan keutamaan kepada hospital-hospital negeri.



Bagi syarat kenaikan pangkat, PPT (Rekod Perubatan) perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di gred N27 sebelum layak dipertimbangkan ke gred N32 dan bagi kenaikan pangkat dari gred N32 ke N36 perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh yang ditetapkan ini boleh dipendekkan sekiranya wujudnya kekosongan jawatan di gred kenaikan pangkat.

  

ISU CARTA ORGANISASI:



Mohon diletakkan Perkhidmatan Rekod Perubatan di bawah tanggungjawab satu bahagian memandangkan pada masa ini perkhidmatan tersebut diselia oleh Bahagian Perkembangan dan Pusat Informatik.



Ulasan dari KKM:



Cadangan untuk melihat samada perkhidmatan rekod perubatan untuk diletakkan di bawah satu seliaan akan dikaji semula oleh Bahagian Sumber Manusia.



ISU SKIM PERKHIDMATAN:



Mohon dikaji semula kedudukan skim perkhidmatan tertutup PPT (Rekod Perubatan) dan PPT (Stor) supaya diletakkan di bawah skim perkhidmatan terbuka iaitu perkhidmatan gunasama persekutuan.



Ulasan dari KKM:



Skim perkhidmatan PPT (Rekod Perubatan) dan skim perkhidmatan PPT (Stor) diwujudkan di bawah KKM berdasarkan keperluan khusus kementerian. Perkara ini telah dijelaskan kepada pihak Persatuan Rekod Perubatan Malaysia melalui mesyuarat pada 10 Mei 2010.



Catitan: isu skim perkhidmatan telah mendapat bantahan dari Presiden PPT (Stor) kerana penjelasan yang diberikan tidak menjawab soalan kerana pihak KKM iaitu melalui Bahagian Sumber Manusia hanya bermesyuarat dan memaklumkan kepada  Persatuan Rekod Perubatan sahaja, tetapi tidak melibatkan Kesatuan PPT Rekod Perubatan & Persatuan PPT Stor. Jesteru itu, pengerusi yang mengendalikan isu terbabit, meneliti semula keperluan tuntutan tersebut di antara PPT Rekod Perubatan & PPT Stor.





ISU ELAUN DAN KEMUDAHAN:



Mohon diwujudkan Elaun Khas Rekod Perubatan kepada PPT (Rekod Perubatan) / Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) yang memiliki sijil amalan profesional bagi ICD-10 coder dan bertanggungjawab secara khusus dan sepenuhnya dalam urusan menyediakan pengkodan diagnosis.



Ulasan dari KKM:



Pihak KKM memohon kesatuan mengemukakan kertas cadangan dan justifikasi yang jelas kepada kementerian.




Pihak kesatuan amat mengalu-alukan sumbangan idea/cadangan dari rakan-rakan semua. Mungkin juga kita boleh menganjurkan satu konvensyen atau sebagainya bagi tujuan untuk kita berbincang, berkongsi maklumat dan seterusnya mencapai kata sepakat secara bersama bagi memastikan matlamat kita tercapai. Di samping itu, adalah menjadi kewajipan kesatuan untuk menjawab semula ulasan-ulasan tersebut dan seterusnya dapat menyediakan satu kertas kerja (bersama-sama dengan laporan kajiselidik) untuk dikemukakan secara terus kepada KSU.

  

Terima kasih.

KEPRESMA

No comments:

Post a Comment